My Little Angle

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

ANNOUNCEMENT!!!

Assalamualaikum,

Kepada pelanggan yang dihormati

BERMULA 1 APRIL 2010

Saya TIDAK mengambil sebarang tempahan dan TIDAK mengadakan kelas Popcake. Tetapi anda boleh membuat TEMPAHAN dan menghadiri KELAS POPCAKE dengan student2 PopCake2u yang berhampiran dengan anda. Sila lihat link STUDENT’S BLOG di sebelah kanan blog.


tQ.

Tuesday, March 30, 2010

Shooting MAJALAH RASA

Beberapa hari lepas, MAJALAH RASA telah singgah ke kediaman PopCake2u utk merakamkan cara2 membuat cenderahati @ door gift menggunakan PopCake. Alhamdulillah shooting selama 3 jam berjalan lancar. 5 jenis door gift telah dihasilkan pada sesi tersebut. Ikut kata wartawan Sedah, insyallah kelima-lima door gift yang diajar step by step akan diterbitkan dalam edisi Pengantin keluaran June 2010 nnt. Pada student2 popcake2u yang dah lepas, bolehlah beli Majalah Rasa utk tahu teknik menghias popcake terutama utk PopCake Pahar. Terima kasih pada Sedah (wartawan) dan Yanti (photographer) yang sporting itew...hehehe...dpt bawak balik 2 kotak popcake.


Ini masa nk tunjuk step pertama.

ok kak...stop stop..amik gmbr jap..


sampai panjat kerusi utk ambil gambar bahan2 yang digunakan.


Kiri baju putih, Yanti dan kanan baju kuning Sedah.


Inilah hasil kelima2 door gift. Nantikan kemunculannya dlm MAJALAH RASA keluaran June 2010.

Tempahan Khas Erra dari Kajang

Ini adalah tempahan khas dari Erra Kajang untuk Majlis Pertunangannya. Ia utk hantaran kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan.

Ini hantaran dari pihak perempuan.

POPCAKE



KEK STEAMBUTTERCREAM


CUPCAKE



Ini hantaran dari pihak lelaki.

KEK STEAMBUTTERCREAM


CUPCAKE

Monday, March 22, 2010

Batch 7 PopCake2u 200310

Alhamdullillah kelas popcake batch 7 yang dihadiri oleh 10 org berjalan lancar. Kelas bermula lbh kurang pukul 9 pagi dan berakhir lebih kurang 3.30 ptg. Kali ini peserta memilih warna purple violet. Hasillnya amat menarik. Semoga semua success selepas ini. GOOD LUCK!


Dari kiri : Myn, Rosilawati, Amalina, Rosnah dan Hafizah


Dari kiri: Filzah, Reeni, Fatini, Faezah dan Wawa

Ini hasil kreativiti para peserta.

















Monday, March 15, 2010

Batch 6 PopCake2u 130310

Alhamdullillah, atas sambutan ramai, penyertaan kelas popcake telah meningkat seramai 10 orang setiap sesi. Kali ini peserta dari merata tempat hadir. Suasana kelas meriah dengan gelak tawa peserta. Ada yang lebih 'bising' dari cikgu pun ada...hahahhaha....thanks to u all. Diharap lepas ini, dpt la mencuba sendiri membuat popcake. GOOD LUCK!


Dari kiri :- Liyana (Bangi), Azura (Shah Alam), Asha (Shah Alam), Kak Asiyah(Ampang Jaya) dan Kamsiah(Subang).


Dari kiri :- Idza (Batu Pahat), Fazilah (Kedah), Masura (Klang), Kak Zahrah(Cheras) dan Lin (Hulu Langat).


Inilah hasil para peserta...mereka memilih warna torqoise.

12 Boxes + 50 door gift of Popcake

Sempena pembukaan semula tempahan, Popcake2u menerima sebanyak 12 set tempahan.
Erm...mmg hectic minggu lepas. Thank you so much to my dearest hubby sebab menolong menyiapkan tempahan2 tu...and lastly thanks to all my customers sbb support PopCake2u.
Berikut adalah senarai tempahan.

Order 1 : Nora.

Set 1: Door Gift
Testimoni :"Popcake akak sedap n very moist.thanks.lain kali boleh order lagi"


Set 2: Untuk makan2


Order 2: Hidayah Dan Hayati
Set 1 : Popcake Hantaran Hidayah
Testimoni :"Sedap, cantik.Sebelah lelaki pun suka, sedap katanya. Insyallah ada rezeki boleh order lagi"


Set 2 : Popcake Hantaran Hayati


Set 3 & 4 : Untuk makan2




Order 3 : Azura
Saja utk makan2


Order 4 : Zuryana (nama cam i plak hihihi...)
Set Hantaran utk Majlis Pertunangannya
Testimoni: "Popcake akak sedap, sy siap promote pd kwn2, tunang sy suka kak,tq kak,nnt boleh order lg"



Order 5 : Zainab
Set 1 : Popcake Pink
Testimoni :"Sedap, tp ramai tanya kek tu hanya coklat shj ker?"-> Insyallah ada perisa lain akan dtg.



Set 2 : Popcake Purple


Order 6 : Fatin
Order utk makan2 semasa majlis pertunangannya.
Testimoni :"Semua ok, sedap kak"



Order 7 : Ayu order 2 set. Nk surprise hubby katanya.
Set 1: "Tq 4 everything"


Set 2 : "I love u Hubby"

Wednesday, February 24, 2010

Batch 5 PopCake2u 200210

Alhamdullillah kelas Batch 5 berjalan lancar. Terima kasih pada peserta-peserta. Peserta kali ini Ecah dari Seri Kembangan, Nurul Muhd dari Shah Alam, Kak Zai dari KL, Zarina dari Damansara, Kak Marmah dari Dengkil dan Effa dari Cheras. Kali ini peserta memilih warna pink utk mendeco popcake masing2. So, enjoy dengan gambar2 dibawah.













Popcake Bday for Aishah + Door Gift for Syuhada

Ruzana order utk birthday kawannya.




Testimoni :-
"Akak, popcake tu sedap la... comel sangat, nnt utk wedding saya bole la tempah yer..."


Syuhada order utk door gift majlis perkahwinannya.

Testimoni :-
"salam kak ina... popcake tu.. sedappp.. family pun kate sedap... lain kali boleh order lagi..."

Thursday, February 18, 2010

PopCake dalam Berita Harian 18022010


Kek pop comel

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@bharian.com.my



Trend baru sajian pemanis mulut

KEK kecil dan comel seperti cup cake bukan lagi menjadi sajian pemanis mulut yang asing di kalangan penggemar kek khususnya wanita dan kanak-kanak. Selain hiasannya yang cantik, bentuknya yang comel itu bagaikan melambai-lambai untuk dijamah.

Pengusaha kek comel, Zuriana Abdul Rahman, 33, yang memperkenalkan kek comel digelar ‘pop cake’ berkata, kek berkenaan mendapat sambutan menggalakkan sejak diperkenalkan dua tahun lalu.Katanya, idea menghasilkan pop cake berkenaan timbul selepas melihat rancangan televisyen dari Amerika Syarikat (AS) yang memaparkan kisah mengenai kek berkenaan.

“Dalam satu rancangan yang ke udara di televisyen, saya melihat chef berkenaan menghasilkan kek berbentuk bulat yang amat cantik dan menyelerakan. Tanpa berlengah lagi saya mencubanya dan hasilnya amat membanggakan. Apabila diberi kepada rakan-rakan sekerja, ada yang suka dan ingin menempah. Sejak itulah saya menjadikan ia sebahagian daripada sumber pendapatan,” katanya yang menghasilkan kek berkenaan secara sambilan saja.

Pop cake adalah kombinasi kek coklat yang diadun krim keju bagi membangkitkan kepelbagaian rasa. Ia disaluti coklat dan coklat putih serta ditaburi biji coklat berwarna. Ia dicucuk pada lidi untuk memberikan rupa yang unik seakan gula-gula lollipop.

Zuriana berkata, kek berkenaan boleh ditempah, tetapi ia dihantar ke lokasi tertentu saja. Bagaimanapun, beliau turut menganjurkan kelas memasak yang mengenakan bayaran tertentu untuk berkongsi idea berkenaan dengan penggemar kek.

“Kek ini terlalu rapuh dan tidak sesuai untuk dihantar menerusi pos. Pelanggan boleh mengambilnya dari rumah saya atau menempah menerusi beberapa penjual pop cake yang pernah mengikut kelas yang saya anjurkan,” katanya.

Beliau berkata, kek berkenaan tahan selama tiga hari pada suhu bilik dan satu hingga dua minggu di dalam peti sejuk. Sebiji kek boleh didapati pada harga RM1.80 ke atas. Maklumat lanjut layari http://popcake2u.blogspot.com/

INFO: Popcake

  • Lolli Popcake (lidi)
  • Popcake ball
  • Wedding popcake
  • Popcake hantaran
  • Fancy popcake
  • Goodies popcake
  • Popcake pahar.
  • Wednesday, February 17, 2010

    PopCake Hantaran


    Order dr Lyn utk hantaran


    ..dalam kotak


    Lyn order utk makan2 keluarga


    Fatim order utk hantaran adik iparnya


    Testimoni:-
    "akak thanx tau 4 de popcake..cute n cntk sgt tau...rmai yg puji...nt ble2 bleh la temph lg..hehe"