My Little Angle

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

ANNOUNCEMENT!!!

Assalamualaikum,

Kepada pelanggan yang dihormati

BERMULA 1 APRIL 2010

Saya TIDAK mengambil sebarang tempahan dan TIDAK mengadakan kelas Popcake. Tetapi anda boleh membuat TEMPAHAN dan menghadiri KELAS POPCAKE dengan student2 PopCake2u yang berhampiran dengan anda. Sila lihat link STUDENT’S BLOG di sebelah kanan blog.


tQ.

Thursday, February 18, 2010

PopCake dalam Berita Harian 18022010


Kek pop comel

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@bharian.com.my



Trend baru sajian pemanis mulut

KEK kecil dan comel seperti cup cake bukan lagi menjadi sajian pemanis mulut yang asing di kalangan penggemar kek khususnya wanita dan kanak-kanak. Selain hiasannya yang cantik, bentuknya yang comel itu bagaikan melambai-lambai untuk dijamah.

Pengusaha kek comel, Zuriana Abdul Rahman, 33, yang memperkenalkan kek comel digelar ‘pop cake’ berkata, kek berkenaan mendapat sambutan menggalakkan sejak diperkenalkan dua tahun lalu.Katanya, idea menghasilkan pop cake berkenaan timbul selepas melihat rancangan televisyen dari Amerika Syarikat (AS) yang memaparkan kisah mengenai kek berkenaan.

“Dalam satu rancangan yang ke udara di televisyen, saya melihat chef berkenaan menghasilkan kek berbentuk bulat yang amat cantik dan menyelerakan. Tanpa berlengah lagi saya mencubanya dan hasilnya amat membanggakan. Apabila diberi kepada rakan-rakan sekerja, ada yang suka dan ingin menempah. Sejak itulah saya menjadikan ia sebahagian daripada sumber pendapatan,” katanya yang menghasilkan kek berkenaan secara sambilan saja.

Pop cake adalah kombinasi kek coklat yang diadun krim keju bagi membangkitkan kepelbagaian rasa. Ia disaluti coklat dan coklat putih serta ditaburi biji coklat berwarna. Ia dicucuk pada lidi untuk memberikan rupa yang unik seakan gula-gula lollipop.

Zuriana berkata, kek berkenaan boleh ditempah, tetapi ia dihantar ke lokasi tertentu saja. Bagaimanapun, beliau turut menganjurkan kelas memasak yang mengenakan bayaran tertentu untuk berkongsi idea berkenaan dengan penggemar kek.

“Kek ini terlalu rapuh dan tidak sesuai untuk dihantar menerusi pos. Pelanggan boleh mengambilnya dari rumah saya atau menempah menerusi beberapa penjual pop cake yang pernah mengikut kelas yang saya anjurkan,” katanya.

Beliau berkata, kek berkenaan tahan selama tiga hari pada suhu bilik dan satu hingga dua minggu di dalam peti sejuk. Sebiji kek boleh didapati pada harga RM1.80 ke atas. Maklumat lanjut layari http://popcake2u.blogspot.com/

INFO: Popcake

  • Lolli Popcake (lidi)
  • Popcake ball
  • Wedding popcake
  • Popcake hantaran
  • Fancy popcake
  • Goodies popcake
  • Popcake pahar.
  • 1 comments:

    eLyza said...

    Wah tahniah!

    pasni lebih sibuk la dgn tempahan :-)

    Semogr lebih berjaya !